Tuesday, 19 February 2019

MY MOTHERHOOD JOURNEY WITH TRIPLE S


My motherhood journey with triple S

Pagi cuti sekolah macam biasa lah, kak ika akan bangun macam biasa jugak, nak sidai kain sebelum budak² tu bangun, kang apa pon tak jadi..

Tengah dok sidai (dalam pala otak macam² dok pikir harini nak masak apa, satgi nak buat apa) tengok tengok si abang tu dah bangun, haishh takdan nak habis sidai..drama dah mula dah!

Ingat cuti sekolah budak² ni bangun lambat sikit, tapi depa pon bangun awal jugak..dah biasa macam hari sekolah, baru jaa kak ika tenang² nak buat keja hahaha....

Si abang tu kata, ummi abang lapaq...abang nak buat air milo nii (dalam hati ummi, adoii budak ni..kang dia buat sendiri habis terabur milo kat dapuq hahaha)

Ohh..berbezanya! Kalau 10tahun yang lepas..

Waktu ni kalau time cuti zaman study, bila cuti sem, balik rumah..bangun pagi ja..mesti ummi kak ika dah siap masak semua, bahagianya!

Bangun tido..makan..tengok hp..tido..pi spa manjakan diri (memang kak ika suka pi spa tau, sbb zaman study keja part time, so ada duit sendiri)..keluar reunion dengan kawan ke..tido..hahaha..takda sapa nak ganggu..takda apa yang nak di runsingkan..

But...sampai bila kan?

Bila dah habis study, terus kawin..ada suami..dapat keja dan ada anak-anak..

360° my life change!!

Lagi-lagi bila da masuk 3series...ohamgeeee tua dahh wehh!!!

Lepas dapat si kakak..my life memang dengan anak..balik kerja anak..sebab kakak dan si abang jarak rapat..setahun sorang sampai lah waktu preggy no3 si kecik ni kak ika bagitau dekat husband nak resign keja dan nak fokus kat family

Berikan aku kekuatan ya Allah..

Bila banyak duduk dirumah, keja rumah memang non stop hahaha...sapu sampah saja toksah cakap berapa kali sehari, tumpah air laa, kemas rumah lagi... sehari repeat benda yang sama!!

Husband kerja KL..dari awal kawin..memang kami dah pjj..anak-anak memang kak ika uruskan..hantar anak ambil anak sekolah memang kak ika yang uruskan.

Setiap pagi nak hantaq sekolah, memang akan kelam kabut dengan dramanya, dengan si kecik nak mengempeng, nak bagi anak² sarapan sebelum pi sekolah, ya Allah..masa tulah nak berubah jadi mak ko hijooo..

Kalau suami balik..rasa ya Allah..lega nya..sebab mana nak urus anak-anak..terkejar-kejar nak solat lagi..nak kusyuk dalam solat tu pon kadang menangis dalam diri! anak-anak ofcoz la nak perhatiankan..memang lelah..

Bila ada suami..dapatlah mandi solat masak dengan tenangnya..dapat mandi tanpa peminat bersorak kat luar pintu pun dah heaven weh!

Kadang bila emosi menguasai diri..anak-anak jadi mangsa..maafkan ummi sayang...ermmm..

Tapi..naluri seorang ummi ni..marah macam mana pun..letih macam mana pun..peluk cium anak adalah benda wajib!

Kak ika rasa semua mak-mak diluar sana pun sama jugak kan..

ME TIME!! Masa dah jadi mak lah..me time sangat diperlukan..tak lama pun..nak stabilkan balik emosi..nak reflect diri..

Dapat lunjur kaki masa anak-anak dah tido pun rasa lega sangat..

Dapat keluaq pi beli barang sorang² dah syok gila dah..nak pilih barang pon tenang jaa... macam shopping dekat pavilion uols!

Bila anak tido, dapat cicah roti dengan air milo malam-malam sambil layan tv pon dah best!

Dapat duduk dalam toilet berangan pun da best!

Kalau ada orang belanja p spa pun ok!! lama wehh tak manjakan diri kat spa nii...hihi

Kak ika kagum gila tengok mak-mak yang ada anak ramai...lagi respect tengok single mom!!!

Honestly.. kak ika tak boleh dok rumah with kids 24hours..leh mereng weh..sebab tu kadang tu rajin pi singgah rumah mak kak ika, dapat sembang² sat pon jadi laa..kat sana ada yang melayan budak², lega laa ummi sat..

Kadang² bawak anak ronda naik kereta, depa dok dalam kereta diam..seronok laa dapat jalan² kan..lega laa sat!

Sebenarnya wanita ni simple ja..

Tapi keadaan yang membuatkan wanita itu complicated!

Macam-macam nak fikir..

Kalau nak tido pun..dalam pala otak ligat dok fikir..ape tak buat lagi..esok nak buat apa..dalam dok macam² ingat tu ada laa yang lupaa...

Walaupun sesibuk mana kita..as supermom!!

Cari lah ME TIME sendiri..

Tak lama pun..setengah jam pun jadi..bagi emosiii makkoijoo kembali kepada makkucomeylotey...



Masa kak ika buat bussiness, nak ME TIME..nak lepak jumpa kawan-kawan memang payah lah..

Tapi walaupon kami semua jarang jumpa, tapi kami ni memang hari² akan sharing dalam group. Jadi ni laa masa yang kak ika boleh happy dan muhasabah sat hihi, kami macam satu family yang besar..

Dalam ni lah kak ika dapat ilmu pasal bisnes, pasal life, pasal hubungan kita dengan Allah, pasal macamna jadi seorang anak, isteri dan ibu yang hebat , ingat mengingati antara satu sama lain.

Bila ada bisnes, kak ika ramai kawan..dari pelbagai profesion sangat inspired!! So hidup kak ika tak monotone..

Love yourself!
Kerana dirimu begitu berharga..

Ehhh!!! panjang pulak kak ika type nii...okay lah uols, mana yang baik boleh la ikut, mana yang buruk tu dari diri ini hehe

By the way, hampa yang nak cari vitamin or skincare youth shaklee, boleh hubungi kak ika ya di 0195531702

Lot of love,
Pengedar sah shaklee
Atikah Tahar

RESEPI LAGSANA KAK IKA | CARA MASAK LAGSANA MUDAH DAN SEDAP!



Baru ni customer zaman kak ika buat food delivery 2 tahun lepas teringin oder lagsana, done with payment lagi tuuu...padahai petang ni baru nak amik, tapi bayaq siap dah!

Sebenarnya memang dah cuci tangan bab ni, tapi customer buat special request sebab esok dia nak balik KL dah..kalau ikut dekat KL tu lagi laa banyak pilihan kan...tp tu lah kan hehehe

Haritu dia preggy dia mengidam jugak lagsana kak ika, so dapat laa..ni dah habis bersalin husband dia pulak mengidam teruk hihihi

Tak sangka laa jugak, bila ada orang yang memang mengidam lagsana kak ika nii... teringat lagi dulu memang bab memasak ni kak ika fail dan tak suka masak hahaha

Dah alang alang tu, kak ika nak share lah resepi mudah nak buat lagsana cara kak ika ni, nanti hampa boleh la cuba kan..

Okay jom kita tengok apa bahan bahan yang kena ada untuk buat lagsana ni :


1. Butter
2. Cheesedale
3. Susu dutch lady full cream
4. Ayam kisar (satu bungkus saiz standard)
5. 1 ulas bawang besar dan 2 ulas bawang putih 
6. Tepung (sikit saja untuk buah kuah creamy)
7. 2 botol Sos prego (kak ika beli jenama tesco ja, sebab dalam tu dah siap cendawan dan tomoto di potong dadu)
8. Mozarella - untuk last sekali tabur atas lagsana sebelum masuk oven (kak ika lupa beli, jadi lebihkan cheesedale dalam kuah creamy nanti)
9. 1 kotak Lagsana (kepingan lagsana jenama apa pon okay, kalau beli macam kak ika, 1kotak pon dah cukup)
10. Parsley (untuk hiasan)

Okay jom kita tengok cara cara nak buat lagsana:

Rebus sekejap lagsana bagi lembut, tak perlu lama sangat, nanti takut hancur 

Masukkan butter sikit, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di potong dadu sehingga naik bau 

Masukkan ayam kisar, dan kacau sehingga ayam masak

Selepas ayam dah masak, masukkan sos prego (atau ikut jenama masing²) 

Masukkan 3 sudu besar sos cili

Masukkan garam dan sedikit gula (ikut citarasa masing², sebab sos prego ni masam..jadi ikut tekak masing² , boleh lebihkan gula kalau suka) so kuah siap!


Okay sekarang kita nak buat kuah creamy pulak:

4 bahan ni untuk masak kuah putih (boleh rujuk di atas nama bahan bahan)

Masukkan butter sedikit 

Selepas butter dah cair, masukkan dua sudu besar tepung dan terus kacau bersama butter 


Lepas tu masukkan susu ducth lady full cream satu kotak besar tu

 Masukkan 8keping cheesedale dan kacau sampai kuah menjadi sedikit pekat, dan tutup api..

Siap!!! 


So cara nak susun lagsana ni, ada beberapa step:

Step 1 : letak sedikit kuah prego yang telah di masak, supaya tak melekat nanti

Step 2 : letak kepingan lagsana yang telah direbus

Step 3 : letak kuah prego yang telah di masak tadi

Step 4 : letak sos putih creamy  dan ulangi step yang sama sampai habis 

Ni la hasilnya setelah siap dan sedia untuk masuk bersauna dalam oven hihi, selamat mencuba uols..

(Boleh dapat dalam 5bekas sederhana yang macam dalam gambar ni)

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kak ika, kak ika sangat hargai, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan di limpahi rezeki yang berlipat kali ganda dan berpanjangan Aminn...

By the way, sekarang ni kak ika fokus buat shaklee, hampa yang nak cari vitamin or skincare organic shaklee, boleh laa roger kak ika okay di 0195531702

Lot of love,
Pengedar sah shaklee
Atikah Tahar