Tuesday 26 November 2019

PANDUAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH CINA (SJKC)



                             


Alhamdulillah si kakak dah tamat tadika 6tahun. Tahun 2020 kakak akan masuk darjah 1 di SJKC. Semoga kakak sumayyah dapat sesuaikan diri di tempat baru nanti. 


Kak ika sendiri hantar si kakak masak umur dia 5tahun di tadika cina, lagi bagus kalau ibu bapa yang memang nak hantar anak di sekolah cina masukkan mereka tadika dari umur 4tahun supaya mereka lebih mudah kuasai bahasa cina tu.


Waktu kakak 6tahun terpaksa tukar tadika sebab tadika tu nak pindah dan jauh dari rumah. Jadi kak ika dan suami masa tu cari tadika cina yang dekat dengan rumah, sampai lah jumpa tadika yang ada aliran subjek bahasa cina. 


Sebab sjkc yang kak ika nak hantar tak ada pra sekolah cina, jadi kami kena cari private tadika cina atau yang ada aliran cina. Kak ika dan suami juga ambil home tuition untuk kakak masa umur dia 5tahun.

Kak ika dan suami memang akan hantar anak2 ke sekolah cina dari tadika sehingga sekolah rendah. Semoga mereka boleh kuasai bahasa cina dengan baik.

So harini, kak ika nak kongsikan sikit persediaan ibu bapa yang nak hantar anak2 ke sekolah cina.


Bahagian 1 : Apa yang perlu ibu bapa kena tahu bila kita nak hantar anak ke sekolah cina.


1. Pendaftaran Awal

Setiap sekolah cina mempunyai kuotanya yang agak terhad untuk pelajar bukan berbangsa cina. Kemasukan pelajar ke sekolah adalah atas dasar ‘first come first serve‘.  Maka adalah penting untuk ibu bapa mendaftarkan anak lebih awal. Ibu bapa mungkin boleh mula mengisi borang sewaktu usia anak menginjak usia 4 tahun.



2. Pra-Sekolah Cina

Masuk ke SJKC, anak anda perlu ada sedikit fahaman asas terhadap bahasa mandarin. Maka adalah penting untuk dia dimasukkan ke pra-sekolah/tadika cina bagi mempelajari asas bahasa Mandarin. Kalau kosong terus, kemungkinan besar permohonan anda untuk memasukkannya ke SJKC ditolak begitu sahaja.


3. Pemilihan Sekolah

Amalan yang paling baik bagi memudahkan transisi anak adalah untuk memasukkan anak ke tadika yang sama dengan sekolah yang bakal mereka masuk.

Sebagai contoh, sekiranya anak bakal memasuki SJKC Chong Cheng, masukkan juga dia ke Tadika Chong Cheng.



Selain membantu anak dari sudut silibus pembelajaran, anak anda akan lebih mudah untuk bergaul dengan rakan sebaya dan mengelakkan daripada terasing.


Bahagian 2 : Cabaran di Sekolah Cina SJKC


1. Pendidikan Agama

Sebagai ibu bapa, anda harus sedar akan kepentingan pendidikan agama terhadap anak anda. Oleh itu, anda tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Didikan agama di rumah harus dilakukan secara berkala. Atau, anda boleh menghantar anak ke sekolah agama atau KAFA setelah tamat sesi persekolahan SJKC.


2. Masa

Anda mungkin harus meluangkan lebih masa dan perhatian untuk anak anda. Bukan sahaja didikan agama dari rumah, malah anda perlu memastikan anak anda boleh mengikuti silibus yang diajarkan oleh gurunya disekolah. Hal ini bagi mengelakkan daripada anak anda hilang keyakinan diri apabila ke sekolah.


3. Makanan

Sesetengah kantin sekolah SJKC dikendalikan oleh melayu. Maka tiada isu makanan untuk anak anda. Namun sekiranya anda ingin lebih yakin, sediakan bekal untuk anak anda ke sekolah. Dan berikan peringatan kepada anak anda untuk tidak menerima makanan daripada rakan sekelas.


4. Emosi

Sokongan emosi adalah amat penting kepada anak. Mempelajari bahasa ke-3 yang tidak dituturkan di rumah adalah sukar, maka tugas anda selaku ibu bapa untuk memberikan sokongan moral kepadanya.

Ketahuilah bahawa guru-guru disekolah cina adalah lebih garang daripada biasa. Maka anda tidak mahu anak anda terganggu emosinya dek kesilapan anda tersilap susun jadual atau tertinggal buku di rumah. Hukuman yang dikenakan kepada anak anda bakal mengganggu konsentrasi mereka di sekolah.


Bahagian 3 : Tips Hantar Anak ke Sekolah Cina SJKC


1. Kenali Cikgu

Ikuti perkembangan pembelajaran anak anda melalui cikgunya. Cikgu adalah individu yang anda perlu kenal dan sentiasa berhubung bagi mengetahui status dan perkembangan anak anda di sekolah. Cikgu akan mampu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya untuk membantu anak anda dalam pembelajarannya.


2. Kumpulan Sokongan

Kumpulan sokongan atau ‘support group‘ adalah penting. Anda mungkin boleh kumpul semua ibu bapa yang bukan cina seperti anda, untuk tubuhkan satu ‘group komunikasi’ bagi membantu satu sama lain.
Hal ini bagi memudahkan anda untuk berkongsi masalah, penyelesaian dan kaedah pembelajaran yang mungkin boleh dipraktikkan bersama.


3. Jangan Mudah Sensitif

Guru sekolah cina adalah lebih garang dan tegas. Hukuman mereka juga mungkin dianggap berat oleh sesetengah ibu bapa. Oleh itu, anda harus sedar akan perkara ini dan urus jangkaan (expectation) anda sebaiknya. Lebih-lebih lagi, anda yang memilih untuk memasukkan anak anda ke sekolah ini dan bukan mereka (guru) ini yang paksa.
Namun sekiranya anda jenis yang tidak boleh melihat anak anda dimarah, mungkin SJKC bukan tempat untuk anak anda.


4. Kerja Sekolah

Lambakan kerja sekolah juga adalah perkara yang normal untuk pelajar SJKC. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab anda untuk membantu dan membimbing mereka untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.



5. Tuisyen Tambahan

Dapatkan bantuan tutor untuk membimbing anak anda dalam pembelajarannya. Bimbingan tutor ini tidak terhad kepada bahasa Mandarin semata, sebagai contoh, matematik di SJKC adalah lebih susah berbanding di sekolah kebangsaan. Maka anda harus kenalpasti subjek yang dianggap sukar untuk anak anda dan dapatkan cikgu tuisyen atau personal tutor untuknya.




Semoga anak2 ummi abi semua berjaya Dunia dan Akhirat InshaaAllah. Ummi sentiasa doakan kejayaan anak2 ummi.


Facebook : Atikah Tahar
Instagram : @atikah_tahar

Tuesday 15 October 2019

VIVIX TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK BEKU! BERANI UJI SUPPLEMENT CECAIR ANDA?



Apa maknanya tu ?

Ini bermakna ketulenan kandungan dalam sebotol VIVIX! Orang kata nak test madu tulen atau yang dicampur gula dan air, simpan dalam peti sejuk.

Sekarang uji VIVIX.. Letaklah pada suhu paling sejuk yang boleh. Simpan semalaman ke 2 hari ke. Cuba tuang, masih mengalir cecair VIVIX.

100% tanpa campuran apa pun. Tiada perisa, tiada pewarna tambahan yang boleh merosakkan struktur VIVIX.. Terbaik lah!

Jadi, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

Baru la berbaloi dengan duit yang dilaburkan untuk beli VIVIX ini sebab apa yang kita masukkan dalam badan ni memang tinggi kualiti.


ANDA ada masalah dibawah ?

✓Cepat letih
✓Selalu mengantuk siang hari
✓Tiada mood
✓Selalu sakit kepala
✓Sukar solat berdiri kerana sakit lutut
✓Lenguh badan dan sakit pinggang
✓Rambut gugur
✓Kulit muka kusam dan nampak tua

Try VIVIX supplement​ Nombor 1 

Harga Vivix Shaklee Mahal ?

Yang sebenarya tidak mahal, sebab kalau ikutkan anggur muscadine  tu hanya ada di Tenggara Amerika.. Dan sebiji anggur harga RM100+ Tengok currency exchange la juga.

Tapi khasiat Vivix Shaklee, sesudu ibarat makan sebiji anggur.. 1botol Vivix boleh makan 60 sudu kecil (tahan 2 bulan) dan 30 sudu besar (tahan 1 bulan).. Ikutkan harga yang sepatutnya untuk sebotol Vivix adalah beribu ringgit.

Jadi nak nikmati kehebatan anggur muscadine dengan cara yang paling murah adalah dengan VIVIX SHAKLEE.

Promo twinpack bulan ni jimat sampai Rm300+

Dapatkan segera 0195531702

Atikah Tahar
Pengedar Sah Shaklee

BERPANTANG DENGAN VIVIX, BADAN CERGAS DAN LUKA CEPAT SEMBUH. ALHAMDULILLAH!


Mesti ramai kawan kawan kak ika yang bakal melahirkan atau dah melahirkan. Tahniah kak ika ucapkan, kak ika tumpang gembira.

So harini kak ika nak share tips :

Sihat dan cergas ketika berpantang dengan vivix shaklee.

Vivix sangat membantu luka bersalin cepat sembuh kerana kandungan polifenol yang tinggi terdapat di dalamnya mampu bertindak hingga ke peringkat sel.



Kebaikan vivix untuk ibu berpantang membantu :

✔️Membantu penghasilan air susu yang meriah
(bergantung juga demand n supply).

✔️Mengurangkan risiko jaundice pada bayi.

✔️Menyingkirkan darah kotor (darah nifas) dengan cepat dan membantu mengecutkan rahim.

✔️Luka cepat sembuh.

✔️Badan lebih cergas dan bertenaga.

✔️Menurunkan berat badan yang ideal ketika berpantang.

✔️Muka berseri, halus dan glowing kerana Vivix kaya dengan antioksidan dan antipenuaan.



Kak ika sarankan sangat agar ibu berpantang try vivix ni. Lagi lagi untuk menyembuhan luka.

PROMOSI VIVIX HARGA DURIAN RUNTUH TINGGAL BEBERAPA HARI SAJA LAGI !!!

Jom pm kak ika untuk dapatkan bekalan VIVIX dengan harga promosi 0195531702

Atikah Tahar
Pengedar Sah Shaklee

Tuesday 19 February 2019

MY MOTHERHOOD JOURNEY WITH TRIPLE S


My motherhood journey with triple S

Pagi cuti sekolah macam biasa lah, kak ika akan bangun macam biasa jugak, nak sidai kain sebelum budak² tu bangun, kang apa pon tak jadi..

Tengah dok sidai (dalam pala otak macam² dok pikir harini nak masak apa, satgi nak buat apa) tengok tengok si abang tu dah bangun, haishh takdan nak habis sidai..drama dah mula dah!

Ingat cuti sekolah budak² ni bangun lambat sikit, tapi depa pon bangun awal jugak..dah biasa macam hari sekolah, baru jaa kak ika tenang² nak buat keja hahaha....

Si abang tu kata, ummi abang lapaq...abang nak buat air milo nii (dalam hati ummi, adoii budak ni..kang dia buat sendiri habis terabur milo kat dapuq hahaha)

Ohh..berbezanya! Kalau 10tahun yang lepas..

Waktu ni kalau time cuti zaman study, bila cuti sem, balik rumah..bangun pagi ja..mesti ummi kak ika dah siap masak semua, bahagianya!

Bangun tido..makan..tengok hp..tido..pi spa manjakan diri (memang kak ika suka pi spa tau, sbb zaman study keja part time, so ada duit sendiri)..keluar reunion dengan kawan ke..tido..hahaha..takda sapa nak ganggu..takda apa yang nak di runsingkan..

But...sampai bila kan?

Bila dah habis study, terus kawin..ada suami..dapat keja dan ada anak-anak..

360° my life change!!

Lagi-lagi bila da masuk 3series...ohamgeeee tua dahh wehh!!!

Lepas dapat si kakak..my life memang dengan anak..balik kerja anak..sebab kakak dan si abang jarak rapat..setahun sorang sampai lah waktu preggy no3 si kecik ni kak ika bagitau dekat husband nak resign keja dan nak fokus kat family

Berikan aku kekuatan ya Allah..

Bila banyak duduk dirumah, keja rumah memang non stop hahaha...sapu sampah saja toksah cakap berapa kali sehari, tumpah air laa, kemas rumah lagi... sehari repeat benda yang sama!!

Husband kerja KL..dari awal kawin..memang kami dah pjj..anak-anak memang kak ika uruskan..hantar anak ambil anak sekolah memang kak ika yang uruskan.

Setiap pagi nak hantaq sekolah, memang akan kelam kabut dengan dramanya, dengan si kecik nak mengempeng, nak bagi anak² sarapan sebelum pi sekolah, ya Allah..masa tulah nak berubah jadi mak ko hijooo..

Kalau suami balik..rasa ya Allah..lega nya..sebab mana nak urus anak-anak..terkejar-kejar nak solat lagi..nak kusyuk dalam solat tu pon kadang menangis dalam diri! anak-anak ofcoz la nak perhatiankan..memang lelah..

Bila ada suami..dapatlah mandi solat masak dengan tenangnya..dapat mandi tanpa peminat bersorak kat luar pintu pun dah heaven weh!

Kadang bila emosi menguasai diri..anak-anak jadi mangsa..maafkan ummi sayang...ermmm..

Tapi..naluri seorang ummi ni..marah macam mana pun..letih macam mana pun..peluk cium anak adalah benda wajib!

Kak ika rasa semua mak-mak diluar sana pun sama jugak kan..

ME TIME!! Masa dah jadi mak lah..me time sangat diperlukan..tak lama pun..nak stabilkan balik emosi..nak reflect diri..

Dapat lunjur kaki masa anak-anak dah tido pun rasa lega sangat..

Dapat keluaq pi beli barang sorang² dah syok gila dah..nak pilih barang pon tenang jaa... macam shopping dekat pavilion uols!

Bila anak tido, dapat cicah roti dengan air milo malam-malam sambil layan tv pon dah best!

Dapat duduk dalam toilet berangan pun da best!

Kalau ada orang belanja p spa pun ok!! lama wehh tak manjakan diri kat spa nii...hihi

Kak ika kagum gila tengok mak-mak yang ada anak ramai...lagi respect tengok single mom!!!

Honestly.. kak ika tak boleh dok rumah with kids 24hours..leh mereng weh..sebab tu kadang tu rajin pi singgah rumah mak kak ika, dapat sembang² sat pon jadi laa..kat sana ada yang melayan budak², lega laa ummi sat..

Kadang² bawak anak ronda naik kereta, depa dok dalam kereta diam..seronok laa dapat jalan² kan..lega laa sat!

Sebenarnya wanita ni simple ja..

Tapi keadaan yang membuatkan wanita itu complicated!

Macam-macam nak fikir..

Kalau nak tido pun..dalam pala otak ligat dok fikir..ape tak buat lagi..esok nak buat apa..dalam dok macam² ingat tu ada laa yang lupaa...

Walaupun sesibuk mana kita..as supermom!!

Cari lah ME TIME sendiri..

Tak lama pun..setengah jam pun jadi..bagi emosiii makkoijoo kembali kepada makkucomeylotey...



Masa kak ika buat bussiness, nak ME TIME..nak lepak jumpa kawan-kawan memang payah lah..

Tapi walaupon kami semua jarang jumpa, tapi kami ni memang hari² akan sharing dalam group. Jadi ni laa masa yang kak ika boleh happy dan muhasabah sat hihi, kami macam satu family yang besar..

Dalam ni lah kak ika dapat ilmu pasal bisnes, pasal life, pasal hubungan kita dengan Allah, pasal macamna jadi seorang anak, isteri dan ibu yang hebat , ingat mengingati antara satu sama lain.

Bila ada bisnes, kak ika ramai kawan..dari pelbagai profesion sangat inspired!! So hidup kak ika tak monotone..

Love yourself!
Kerana dirimu begitu berharga..

Ehhh!!! panjang pulak kak ika type nii...okay lah uols, mana yang baik boleh la ikut, mana yang buruk tu dari diri ini hehe

By the way, hampa yang nak cari vitamin or skincare youth shaklee, boleh hubungi kak ika ya di 0195531702

Lot of love,
Pengedar sah shaklee
Atikah Tahar

RESEPI LAGSANA KAK IKA | CARA MASAK LAGSANA MUDAH DAN SEDAP!



Baru ni customer zaman kak ika buat food delivery 2 tahun lepas teringin oder lagsana, done with payment lagi tuuu...padahai petang ni baru nak amik, tapi bayaq siap dah!

Sebenarnya memang dah cuci tangan bab ni, tapi customer buat special request sebab esok dia nak balik KL dah..kalau ikut dekat KL tu lagi laa banyak pilihan kan...tp tu lah kan hehehe

Haritu dia preggy dia mengidam jugak lagsana kak ika, so dapat laa..ni dah habis bersalin husband dia pulak mengidam teruk hihihi

Tak sangka laa jugak, bila ada orang yang memang mengidam lagsana kak ika nii... teringat lagi dulu memang bab memasak ni kak ika fail dan tak suka masak hahaha

Dah alang alang tu, kak ika nak share lah resepi mudah nak buat lagsana cara kak ika ni, nanti hampa boleh la cuba kan..

Okay jom kita tengok apa bahan bahan yang kena ada untuk buat lagsana ni :


1. Butter
2. Cheesedale
3. Susu dutch lady full cream
4. Ayam kisar (satu bungkus saiz standard)
5. 1 ulas bawang besar dan 2 ulas bawang putih 
6. Tepung (sikit saja untuk buah kuah creamy)
7. 2 botol Sos prego (kak ika beli jenama tesco ja, sebab dalam tu dah siap cendawan dan tomoto di potong dadu)
8. Mozarella - untuk last sekali tabur atas lagsana sebelum masuk oven (kak ika lupa beli, jadi lebihkan cheesedale dalam kuah creamy nanti)
9. 1 kotak Lagsana (kepingan lagsana jenama apa pon okay, kalau beli macam kak ika, 1kotak pon dah cukup)
10. Parsley (untuk hiasan)

Okay jom kita tengok cara cara nak buat lagsana:

Rebus sekejap lagsana bagi lembut, tak perlu lama sangat, nanti takut hancur 

Masukkan butter sikit, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di potong dadu sehingga naik bau 

Masukkan ayam kisar, dan kacau sehingga ayam masak

Selepas ayam dah masak, masukkan sos prego (atau ikut jenama masing²) 

Masukkan 3 sudu besar sos cili

Masukkan garam dan sedikit gula (ikut citarasa masing², sebab sos prego ni masam..jadi ikut tekak masing² , boleh lebihkan gula kalau suka) so kuah siap!


Okay sekarang kita nak buat kuah creamy pulak:

4 bahan ni untuk masak kuah putih (boleh rujuk di atas nama bahan bahan)

Masukkan butter sedikit 

Selepas butter dah cair, masukkan dua sudu besar tepung dan terus kacau bersama butter 


Lepas tu masukkan susu ducth lady full cream satu kotak besar tu

 Masukkan 8keping cheesedale dan kacau sampai kuah menjadi sedikit pekat, dan tutup api..

Siap!!! 


So cara nak susun lagsana ni, ada beberapa step:

Step 1 : letak sedikit kuah prego yang telah di masak, supaya tak melekat nanti

Step 2 : letak kepingan lagsana yang telah direbus

Step 3 : letak kuah prego yang telah di masak tadi

Step 4 : letak sos putih creamy  dan ulangi step yang sama sampai habis 

Ni la hasilnya setelah siap dan sedia untuk masuk bersauna dalam oven hihi, selamat mencuba uols..

(Boleh dapat dalam 5bekas sederhana yang macam dalam gambar ni)

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kak ika, kak ika sangat hargai, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan di limpahi rezeki yang berlipat kali ganda dan berpanjangan Aminn...

By the way, sekarang ni kak ika fokus buat shaklee, hampa yang nak cari vitamin or skincare organic shaklee, boleh laa roger kak ika okay di 0195531702

Lot of love,
Pengedar sah shaklee
Atikah Tahar

Thursday 20 December 2018

RESEPI AYAM MASAK BALI KAK IKA | CARA MASAK AYAM MASAK BALI LAZAT!

Ayam Masak Bali..

Hai uols! ni haa..resepi mudah lazat ayam masak bali cara kak ika hehe...








Lepas masukkan ayam tu,
Kacau sehingga kuah tu jadi pekat sikit..baru laa nampak menyelerakan...yummy!


Makan dengan nasi panas, fuhhhh sehingga menjilat jari wehhh!

Selamat mencuba...

RESEPI NASI LAMUNI KAK IKA | CARA MASAK NASI LAMUNI MUDAH, CEPAT, SEDAP!



Haii uols , hari ni kak ika teringin nak makan nasi Lamuni , anak2 pun suka , siap tambah lagi makan hehe. Memang sedap ala-ala nasi herba gituh 😉 cuti2 sekolah ni , boleh la uols masak special utk Family.


Yang daun purple tu, nama dia daun lamuni, kak ika ambil yang pucuk dia,sebab tu warna dia purple bukan hijau hehe

Kak ika guna santan kotak je uols! senang...hihi kalau korang rajin, boleh laa nak pi perah santan tu okay hehe..


Resepi  Nasi Lamuni :
4 cawan beras
3 cawan air
1 cawan santan
1 cawan air Lamuni (di kisar sekali dengan Daun Lamuni)
2 helai Daun Pandan
Bawang besar
Halia
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Sedikit Garam

Cara Masak :


1. Tumis bawang, halia, bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga sehingga naik bau (bau wangi).



2. Masuk air, santan dan daun pandan sehingga mendidih.

3. Masukkan garam kacau dan tutup api.


4. Masukkan bahan yang di masak tadi ke dalam periuk beras yang telah di bersihkan.

5. Akhir sekali masukkan air daun lamuni dan kacau rata, tutup dan biarkan ia sehingga masak.


Tadaaa , Siap !


*boleh makan dengan apa saja lauk pauk , ikut citarasa masing2 okay.

Selamat mencuba!