Saturday, 27 October 2018

TIPS UNTUK DAPATKAN TULANG SIHAT DAN KUAT | CARA ATASI TULANG RAPUH SEBELUM MASANYA | OSTEOPOROSIS




Haii korang...

Comey tak tulang atas ni... bukan sebarangan tulang tau! hehehe dah tinggal tulang pon masih kuat okay

Badan kita perlukan tulang yang sihat untuk hidup yang berkualiti. Ye laa, kalau sakit lutut, sakit tumit, nak berjalan dan solat pun susah. Nanti muda-muda lagi dah terpaksa solat atas kerusi kan.

Tulang bukan penting untuk bergerak je tau, ada banyak lagi kepentingan tulang yang Allah jadikan ni. Antaranya,

  • Untuk perlindungan dan sokongan kepada organ dalaman - eg: tengkorak lindungi otak, tulang rusuk lindungi jantung dan paru-paru
  • Punca penghasilan darah oleh sumsum tulang
  • Tempat simpanan mineral tertentu - eg kalsium dan fosforus


Haaa.. penting kan tulang ni?

Dalam badan kita ada 206 tulang tau.

Semua 206 ni perlu kuat baru dapat lindungi badan kita dan menjalankan fungsi dengan baik.



Paling kita takut jadi Osteoporosis ni.. Osteoporosis ni penyakit tulang rapuh. Macam dalam gambar tu, tulang jadi banyak ronga-rongga.

Ni la punca tulang senang patah. Jatuh basikal, patah tangan. Langgar meja, tulang retak. Jalan banyak sikit, sakit lutut sakit tumit, sakit laa semua sendi tu.

Jadi macam mana nak jadikan tulang lebih tumpat untuk elakkan tulang rapuh ni?

Jom kak ika share 3 tips paling penting


Tips Elak Tulang Rapuh


1. Mula Awal

Tulang akan mula hilang tumpat dengan lebih cepat mulai usia 30 tahun. Jadi cara terbaik adalah ikut tips seterusnya pada usia yang masih muda.


2. Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing)


Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang sebab tulang makin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan.

Ni contoh Senaman menahan beratan yang boleh dilakukan di rumah:





Selain tu, boleh juga lakukan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.


3. Buat Pilihan Yang Sihat

Jalani gaya hidup yang sihat dengan kekalkan berat badan yang sihat dan pemakanan yang sihat dapat kekalkan kesihatan tulang. 

Pemakanan harian kita sangat penting untuk kekalkan tulang yang sihat dan elak osteoporosis.

Ramai yang salah anggap ingat kalsium sahaja yang diperlukan untuk kekalkan tulang yang sihat. Kalsium saja tak cukup tau untuk pastikan tulang sihat. 

Gabungan mineral-mineral penting perlu untuk sokong penghasilan tulang yang kuat dan bantu kekalkan kesihatan kita. Jadi kira rasa lebih muda masa kita berumur nanti.

Say NO to sakit-sakit lutut, tumit, sakit pinggang dengan gabungan mineral-mineral ni:





Nak tahu cara paling senang nak dapatkan mineral lengkap untuk tulang ni?

Nak kongsi sikit pengalaman kak ika sendiri, memang lepas bersalin anak no 3 mengalami sakit belakang yang sangat teruk, sampai kak ika memang tak boleh langsung baring dekat bawah, walaupon lapik toto...

Nampak macam mengada ngada, tapi setiap hari kak ika nangis sebab tak dapat tidur nyenyak sebab sakit belakang, macam macam dah cuba..padahal sepanjang mengandung kak ika minum susu, Alhamdulillah akhirnya kak ika jumpa dengan ostematrix, rasa syukur sangat sebab sehari makan dah dapat perubahan

Yang paling penting, ostematrix ni adalah organik dan bukan sekadar kalsium biasa!!! ini memang kak ika akui dia punya power tu. 

Memang senang sangat nak bawak pi travel! tak payah nak bawah susu pastu bancuh pulak hihi

Boleh amalkan Ostematrix ni setiap hari :


Berminat untuk dapatkan Osteomatrix? 


Jom hubungi kak ika di 0195531702, Kak ika bagi special offer untuk korang tau

FB : Atikah Tahar
IG : @atikah_tahar


ZINC PLUS FORMULASI TERBARU DAN HEBAT!!! | PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Untuk entry kali ni kak ika nak story sikit pasal ZINC PLUS SHAKLEE. Jom follow kak ika okay...


Bila cerita pasal zinc plus ni teringat kisah kak ika dan suami, kak ika bagitau suami Shaklee ada produk terbaru yang sudah di upgrade ke lebih power, beberapa tahun stop production sebab nak upgrade Zinc plus ni tau

Kak ika pon bagitau lah suami, kalau ada kawan kawan suami nak cari Vitamin / Suplemen untuk tenaga ke, subur ka..bagitau lah, nanti boleh oder hihi

Masa zinc plus ni baru masuk Malaysia, excited sangat bagitau suami pasal zinc plus. Suami pun tanya zinc ni untuk apa. kak ika pun cerita la kelebihan zinc plus ni.

bla...bla...bla..

Pastu dah cerita habis, suami pon kata...nak soh promote kat kawan, kena la beli kat dia dulu, baru lah boleh promote kat orang, nak tengok power ke tak hahaha. Memang kak ika nak beli pon kat suami, amboii haihh tak sabaq dia kan..hihi

_________________________________

Okay jom kita masuk bab pengenalan berkaitan Zinc Plus Shaklee ni. Apa yang hebat sangat sampai orang ternanti-nanti kemunculan Zinc Plus Shaklee ni kan.




APA ITU ZINC??
  • Zinc adalah mineral penting untuk badan kita. Tapi badan tak boleh nak hasilkan sendiri maka kita kena ambik zinc dari sumber makanan harian dan supplement. Zinc banyak terdapat dalam sel dan komponen badan serta membantu menyokong dan mengaktifkan lebih 200 enzim dalam badan kita. Enzim ini yang membantu fungsi sel-sel dalam badan dengan lebih bagus lagi. Sebab itu zinc penting untuk kesihatan badan kita!

Dah masuk bab kelebihan zinc plus sikit tadi kan, jom wani ceritakan secara keseluruhan KELEBIHAN ZINC PLUS SHAKLEE :


1. Kesihatan Imun
  • Mengaktifkan sel-sel imun.
2. Rambut Yang Sihat
  • Menggalakkan rambut yang tebal dan sihat. Jika kandungan zinc rendah dalam badan, folikel rambut lebih mudah terurai dan rambut mudah gugur!
3. Kesihatan Kognitif
  • Meningkatkan daya ingatan, proses pembelajaran dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer.
4. Penyembuhan luka
  • Menghasilkan sel-sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.  Luka akan lebih cepat kering. Sebab itu jika hampa perasan, dalam krim kebanyakan ada kandungan zinc kan.
5. Sistem Pembaikan Yang Sihat
  • Lelaki - Meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sel sperma
  • Terdapat juga kajian yang zinc bagus untuk prostat lelaki, ia membantu mengelak mati pucuk.
  • Wanita - Membantu sistem pembiakan wanita, mengawal hormon dan pengeluaran telur.
6. Tenaga Dan Stamina
  • Menggalakkan kekuatan otot dan daya ketahanan.
7. Kulit Yang Sihat
  • Menggalakkan kulit yang lebih lembut dan melegakan kulit sensitif.
  • Penting untuk kulit sihat bebas jerawat. Zinc boleh mengawal hormon tostesteron yang mana jika ia tak seimbang boleh menyebabkan jerawat.
  • Zinc juga boleh mengelak pertumbuhan bakteria. Terutama jika ada liang pori yang besar dan terbuka luas, ia boleh bantu mencegah bakteria tumbuh seterusnya boleh elak kulit berjerawat.
  • Ringkasnya Zinc Shaklee ini bagus untuk kulit bebas jerawat!

KEISTIMEWAAN ZINC PLUS SHAKLEE :


1. Zinc plus Shaklee ni dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi dan 100% berasaskan tumbuhan.

2. Diekstrak dari fermentasi glukosa dari jagung yang menjadikan zink ni kurang rasa logam, pahit dan rasa pedar.

3. Satu tablet ni membekalkan 100% nilai harian yang diperlukan untuk zink.

4. Zinc plus Shaklee ni diformulasikan tanpa alfalfa. Sesuai untuk semua orang dewasa.


Hampa tertanya2 dak SAPA YANG PERLUKAN ZINK ni?? Wani share sikit yee.


1. Orang yang selalu berdiet, pengamal vegetarian dan vegan sangat sesuai ambil zink.

2. Mereka yang mahukan lebih tenaga dan stamina. Selalunya lelaki kan yang nak lebih tenaga untuk kerja2 harian. Perempuan pun perlukan tenaga jugak tapi tak banyak macam lelaki. Betul tak??

3. Pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat. Sebab :
  • wanita - bantu dalam pengawalan hormon dan pengeluaran telur
  • lelaki - tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma
4. Sesiapa sahaja yang mahu mengekalkan kesihatan kognitif

5. Mereka yang mempunyai rambut dan kuku yang rapuh. Sebab zink ni membantu pertumbuhan tisu dan sel yang sihat

Meh kak ika kongsikan juga TANDA-TANDA KEKURANGAN ZINK:


1. Kurang selera makan
2. Cirit-birit (diarrhea)
3. Tubuh mudah dijangkiti penyakit
4. Keguguran rambut
5. Radang kulit (akne/jerawat)
6. Gangguan terhadap tahap kesuburan (fertility)
7. Kekurangan berat badan
8. Luka lambat sembuh
9. Kondisi mata
10. Gangguan terhadap deria rasa dan bau
11. Gangguan terhadap kadar pertumbuhan bayi dan kanak-kanak
12. Masalah prostat di kalangan lelaki
13. Kemerosotan fungsi seksual
14. Kuku pecah
15. Eczema
16. Psorisis

Hampa ada tanda-tanda ni dak?? Kalau ada WAJIB ambik zinc ni. Jangan biarkan badan kekurangan zink tau.

Kita memang perlukan sangat-sangat zink ni untuk kesihatan yang lebih baik. Kan mencegah lebih baik dari merawat 😊


*************************************************

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ZINC PLUS SHAKLEE??



Berminat nak cuba ZINC PLUS SHAKLEE dengan special offer yang terbaik boleh terus hubungi kak ika

Pengedar Sah Shaklee Kedah

Atikah
019-5531702
(Call/WhatsApp/SMS)

FB : Atikah Tahar
IG : @atikah_tahar

STRESS EYEBAG, DARK CIRCLE BAWAH MATA | CARA ATASI EYEBAG DAN KEDUT KELILING MATA | MATA PANDA

Eyebag dan kedut keliling mata memang menganggu kan! Pakai make up & foundation cantik cantik, tapi make up akan jadi pecah pecah bila senyum sebab area mata ada kedut kedut bila kita senyum. Stress kan? 



Tapi jangan risau ladies, semua masalah ada solution nya 😉 ada cara untuk kita atasi masalah semua ni. Awk scroll bawah sikit, kak ika share kan caranya:


1) Timun
Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.


gambar credit Google


3) Kentang
Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.



4) Uncang Teh
Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.


                           


5) Putih Telur
Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.


6) Air kosong
Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Atas ni semua solution secara semula jadi.

Tapi, tahukah anda ada cara lebih senang & mudah untuk menyelesaikan masalah eyebag, dark circle dan crow feet?


Hanya denagn sapuan Eye Restoring Treatment Shaklee, semua masalah itu boleh settle!





Bahan-bahan dalam krim mata Youth Restoring Eye Treatment produk Shaklee:

  1. Peptide Blend - menyokong penghasilan kolagen, mempercepatkan pembaharuan sel kulit terutama jika diguna sekitar mata.
  2. Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis fruit Extract - menyokong penghasilan kolagen, elastis dan fibirilin, juga memberi lebih banyak nutrien dan kepada kulit.
  3. Licorie Extract - mencerhkan kulit bahagian bawah mata yang gelap dan tona tak sekata bagi membantu mengurangkan mata sembap dan kemerahan. 
  4. Hyaluronic Acid - menghidrat dengan mengekalkan air pada kulit, juga mampu menyerap hingga 1000 kali berat dalam air untuk mengekalkan kelembapan kulit. 
  5. Vital Repair+, polifenol dan Muscadine Grape - mengurangkan kesan radikal bebas dengan melindungi sel DNA, melindungi kerosakan kolagen dan elastin.






Jom order Eye Treatment, hubungi kak ika 019.553.1702

I will guide you on the correct way to apply eye treatment juga 

FB : Atikah Tahar
IG : @atikah_tahar

Tuesday, 16 October 2018

BAHAYA BILA ANDA TERLALU STRESS! BAGAIMANA CARA NAK ATASI STRESS DENGAN BERKESAN..


Bagi sesetangah orang, mereka terpaksa berhadapan dengan banyak tekanan dalam kehidupan ini.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sudut, seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Ditambah pula, komitmen bulanan bil yang perlu dibayar, hutang belajar, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi. Semua perlu dilangsaikan setiap bulan, kos sara hidup pula kian meningkat.

PENING dan STRESS bukan?

Mari saya kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1.  Bersenam



Bersenam seperti berlari atau ber'jogging' bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi kita ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2.  Tidur



Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur sekejap diwaktu siang (Qailulah) juga sangat membantu. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Kajian mendapati, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga




Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

4. Mengurangkan stress dengan membaca buku & Al-Quran


Ada satu artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Al-Quran pula adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan Al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan Al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik.

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Sihat atau Hobi



Ada orang selalu menghabiskan masa dengan pergi kelas kelas belajar buat kek, roti dan sebagainya. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa.

Ada orang suka keluar berjalan jalan sambil menikmati keindahan alam sambil tenangkan fikiran.


Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Jaga pemakanan dan kesihatan

Macamana pemakanan dan pengambilan vitamin dapat mengurangkan stress?

Vitamin B1 - Membantu menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.

Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
Vitamin C

Kajian mengatakan mereka yang mengamalkan vitamin C boleh mengurangkan tekanan dalam badan mereka, dan dalam Vitamin C ada antioksidan yang dapat melindungi sistem badan kita dari mudah terkena penyakit.

Carilah supplement yang halal, berkualiti dan diperbuat dari bahan organik seperti Vitamin B Complex Shaklee dan Sustained Release Vitamin C Shaklee.


Anda boleh hubungi kak ika 0195531702 untuk info lanjut jaga pemakanan dan supplement yang berkesan.

Facebook : Atikah Tahar













Tuesday, 9 October 2018

TIPS LUKA JAHITAN BERSALIN CEPAT SEMBUH! JANGAN AMBIL MUDAH BAB PENJAGAAN LUKA BERSALIN



Ramai ibu-ibu yang risau jika luka jahitan bersalin terbuka semula dan akan menjadi mimpi ngeri kepada si ibu bila kena jahit kali kedua selepas beberapa hari Bersalin.

Nasihat, kak ika untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, tolong jangan ambil mudah penjagaan luka jahitan selepas bersalin. Kalau dah kena, memang menangis. 

Jom Kak ika kongsikan beberapa tips buat si ibu untuk menjaga luka bersalin sampai cepat sembuh.


TIPS PENJAGAAN LUKA JAHITAN BERSALIN


1. Keringkan Tempat Luka

Selepas mandi/buang air/salin pad, pastikan lap hingga kering kawasan jahitan menggunakan tuala/tisu gulung supaya kawasan tersebut kering dan tidak berair. Kawasan jahitan yang berair akan membuatkan luka lambat untuk sembuh dan bercantum semula. Nak mudah, gunakan tisu gulung.

2. Berjalan Secara Tertib

Selalu misi pesan selepas bersalin, jalan kena kepit dan bukannya jalan terkangkang. Apabila kita kepit, daging akan bercantum dengan elok. Jangan pulak tidak berjalan, hanya nak baring saja. Nanti darah tak bergerak lancar, lagi melambatkan proses luka untuk sembuh. 

3. Kerapkan Tukar Pad 2-4 Jam Sekali

Pad memang kena sentiasa cuci sebab masa awal-awal kelahiran, darah akan turun dengan agak banyak.Apabila kita kerap tukar pad, kita dapat sentiasa anginkan tempat jahitan luka. Jangan terlalu lama menggunakan pad takut nanti berlaku jangkitan kuman pulak.

4. Sitz Bath

Ada sesetengah doktor, sangat menyarankan untuk ibu melakukan sitz bath kerana dapat percepatkan luka bercantum. Sitz Bath ni kita campurkan garam ke dalam air didalam besen,kemudian kita rendamkan punggung dan kawasan jahitan. 

5. Elakkan Sembelit

Masa anak pertama tak reti apa dan kak ika belum kenal apa apa supplement lagi, kak ika sembelit hampir seminggu, sampai ubat doktor bagi untuk sembelit dah habis pon, kak ika tak membuang lagi hahaha. 

Pastu pi beli pulak dekat farmasi ubat sembelit pon sama jugak, rasa nak membuang tapi tak keluar keluar...takut nak teran, tak pasal pasal nak kena jahit semula nanti..Tidakkk!!

Si ibu juga boleh makan buah dan sayur serta air yang banyak untuk elakkan sembelit. Dan tambahan, amalkan juga Ostematrix. Ostemarix ni adalah supplement kalsium yang sangat membantu untuk melembutkan najis dan elakkan kita dari sembelit. kira senang cerita, dalam beg hospital tu, letak siap-siap Ostematrix. Seriously pembuangan korang awesome sangat!



6. Vitamin C


Hari-hari kena ambil Vitamin C. Kalau dari buah-buahan, boleh ambil Oren. Kira sehari tu ambil 3-4 biji oren. Nak lebih mudah, boleh guna Vitamin C. Sebab Vitamin C ni memang terbukti sangat berkesan untuk membantu menyembuhkan luka dengan cepat.




 7. VIVIX



Yang paling femes dah pilihan ramai para ibu adalah VIVIX. VIVIX ni mengandungi kandungan Polifenol dan Resveratrol yang tinggi yang bertindak untuk membaiki sel badan yang rosak dan membina sel baru dengan cepat.

Berminat untuk dapatkan ketiga-tiga supplement ni, boleh contact kak ika

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee?
Boleh contact kak ika
Nak cepat Whatsapp 0195531702

MENGAPA SAYA?

Kak ika merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta sangat mementingkan kesihatan anda. Hubungi Kak ika untuk Kak ika bantu anda dan keluarga anda untuk kesihatan yang lebih baik. Kak ika akan beri konsultasi secara PERCUMA berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda dan jadual pengambilan yang betul.


PENGEDAR SHAKLEE ANDA
Atikah Muhammad Tahar
WhatsApp : 019-5531702
FB : Atikah Tahar