Tuesday, 16 October 2018

BAHAYA BILA ANDA TERLALU STRESS! BAGAIMANA CARA NAK ATASI STRESS DENGAN BERKESAN..


Bagi sesetangah orang, mereka terpaksa berhadapan dengan banyak tekanan dalam kehidupan ini.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sudut, seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Ditambah pula, komitmen bulanan bil yang perlu dibayar, hutang belajar, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi. Semua perlu dilangsaikan setiap bulan, kos sara hidup pula kian meningkat.

PENING dan STRESS bukan?

Mari saya kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1.  Bersenam



Bersenam seperti berlari atau ber'jogging' bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi kita ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


2.  Tidur



Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur sekejap diwaktu siang (Qailulah) juga sangat membantu. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Kajian mendapati, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga




Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

4. Mengurangkan stress dengan membaca buku & Al-Quran


Ada satu artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.

Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Al-Quran pula adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan Al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan Al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik.

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Sihat atau Hobi



Ada orang selalu menghabiskan masa dengan pergi kelas kelas belajar buat kek, roti dan sebagainya. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa.

Ada orang suka keluar berjalan jalan sambil menikmati keindahan alam sambil tenangkan fikiran.


Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?


6. Jaga pemakanan dan kesihatan

Macamana pemakanan dan pengambilan vitamin dapat mengurangkan stress?

Vitamin B1 - Membantu menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.

Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
Vitamin C

Kajian mengatakan mereka yang mengamalkan vitamin C boleh mengurangkan tekanan dalam badan mereka, dan dalam Vitamin C ada antioksidan yang dapat melindungi sistem badan kita dari mudah terkena penyakit.

Carilah supplement yang halal, berkualiti dan diperbuat dari bahan organik seperti Vitamin B Complex Shaklee dan Sustained Release Vitamin C Shaklee.


Anda boleh hubungi kak ika 0195531702 untuk info lanjut jaga pemakanan dan supplement yang berkesan.

Facebook : Atikah Tahar













No comments:

Post a Comment