Menyambut kehadiran cahaya mata dalam keluarga amat ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunggu begitu lama dengan kehadiran penyeri hidup ini.
Tetapi proses berpantang amat-amat membosankan kerana setiap perkara perlu di kawal dari segi pemakanan, kesihatan, cara berjalan,cara duduk dan boleh dikatakan dari segenap perkara perlu berpantang.
Banyak sangat kes meroyan yang kita patut ambil pengajaran, seperti baru ini, ada yang ibu tanpa sedar mengelar leher bayi yang baru berusia dua bulan.
Tetapi hakikatnya ibu berkenaan mengalami meroyan atau kemurungan selepas bersalin. Meroyan atau kemurungan selepas bersalin bukanlah sesuatu yang wajar di pandang ringan.
Apabila sudah melibatkan nyawa yang tidak berdosa terkorban ditangan ibu, barulah masyarakat mula memandang serius akan perkara ini.
Dari sudut sains, gila meroyan adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang berpunca daripada keletihan dan gangguan emosi.
Perkara ini terjadi apabila tiada kerjasama antara suami dan ahli keluarga kepada isteri yang sedang dalam proses berpantang.
Sebagai contoh, ibu- ibu yang dalam pantang ini bukan sahaja perlu menjaga bayi yang baru dilahirkannya malahan terpaksa menjaga anak-anak yang lain dan juga terpaksa menguruskan rumahtangganya seperti biasa walaupon dalam keadaan masih lemah dan berpantang. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.
Penyakit meroyan ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira bangsa dan dari mana mereka berasal. Gila meroyan ini dikenali sebagai " Postpartum psychosis ".
Mengikut kajian, penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :
Postpartum Blues
- Perubahan mood antara gembira dan letih.
- Mudah sedih dan sensitif.
- Berakhir dengan sendirinya dalam tempoh tujuh hari.
Pospartum Depression
- Sedih berpanjangan.
- Rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang terbaik bagi anak yang baru dilahirkannya.
- Tidak boleh menumpukan perhatian.
- Letih dan tertekan.
- Kurang selera makan.
- Sukar tidur malam.
Postpartum Psychosis.
- Resah berpanjangan.
- Keletihan.
- Berhalusinasi.
- Mencederakan bayi atau diri sendiri.
- Fikiran bercelaru.
- Kemurungan
BILA PENYAKIT MEROYAN TERJADI?
Penyakit gila meroyan ini terjadi seawal dua minggu selepas bersalin. Penyakit ini menyebabkan ibu itu berhalusinasi. Satu perkara yang paling ketara dapat dilihat ialah ibu tersebut kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan keadaan yang dihidapinya saat itu.
Wanita yang terkena penyakit ini, sangat bahaya andai dibiarkan keseorangan. Ini adalah kerana ianya berpotensi untuk mencederakan bayi atau membunuh bayinya sendiri kerana merasakan bayi itu bukan anaknya. Selain itu juga, ianya berupaya untuk mencederakan dirinya dan membunuh dirinya.
Terdapat sesetengah kes itu, terjadinya gila meroyan ini selepas habis berpantang. Kes begini kebiasaanya melibatkan ibu-ibu yang bekerjaya. Manakan tidak balik kepejabat kerja bertimbun-timbun, tidak dicampur lagi dimarahi oleh bos.
Apabila pulang kerumah, terus masuk ke dapur memasak, tak sempat untuk berehat, di campur lagi dengan anak-anak yang menangis, suami pula langsung tidak membantu isteri. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.
Apabila pulang kerumah, terus masuk ke dapur memasak, tak sempat untuk berehat, di campur lagi dengan anak-anak yang menangis, suami pula langsung tidak membantu isteri. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.
BAGAIMANA CARA MERAWAT?
Kaunseling dan nasihat bukan sahaja kepada wanita terbabit malahan kepada suami dan juga ahli keluarga.
1. UBATAN ANTI KEMURUNGAN
Mengembalikan kecergasan dan keyakinannya semula. Wanita yang menerima rawatan memiliki peluang untuk pulih 100%, tetapi perlu pengesanan awal.
2. BERI SEMANGAT
Dalam hal ini ahli keluarga perlulah sentiasa bagi semangat, membantu ibu-ibu semasa berpantang, terutama suami sangat memainkan peranan yang penting. Jangan dibiarkan isteri menguruskan rumahtangga keseorangan lebih-lebih lagi semasa berpantang. Biarkan isteri berehat secukupnya
3. SENTIASA BERZIKIR ATAU MENDENGAR ALUNAN AYAT AL-QURAN DAN BOLEH AMALKAN AYAT INI :
Ibu yang sedang berpantang seharusnya selalu berzikir atau mendengar alunan ayat al-quran, kerana sewaktu berpantang ibu-ibu mudah terdedah dengan gangguan syaitan. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi ibu-ibu.
4. SUPPLEMENT DAN VITAMIN
OSTEMATRIX
- Membantu menguatkan antibodiMencegah anemia
- Melawan tekanan perasaan.
- Meredakan sakit kepala, kemurungan.
- Memastikan kesihatan fungsi saraf.
- Membantu mengurangkan keletihan atau kelesuan.
- Menggalakkan tidur yang selesa.
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan,insomnia dan lain
B COMPLEX
- Mencegah stress
- Mengimbangi tekanan darah rendah.
- Menggalakkan tidur yang selesa.
- Memperbaiki jantung yang berdebar.
- Membantu meredakan sakit kepala.
- Menguatkan tulang
- Sebagai penenang saraf.
Jangan di pandang ringan tentang penyakit gila meroyan ini. Suami dan ahli keluarga haruslah sama-sama berganding bahu dalam membantu ibu berpantang ini menguruskan segala hal. Sememangnya amalan berpantang ini nampak leceh tetapi ianya untuk kesan jangka panjang.
Nak dapatkan vitamin dan konsultasi yang terbaik boleh terus hubungi kak ika di 0195531702
No comments:
Post a Comment